Newest Post
// Posted by :Unknown
// On :Senin, 10 Maret 2014
Sejarah
Bilal Bin Rabah
A. BILAL BIN RABAH MUAZZIN RASULULLAH
Bilal lahir di daerah Al-Sarah yang
terletak dipinggir Kota Mekah 43 tahun sebelum Hijrah. Ayahnya bernama Rabah
dan ibunya bernama Hamamah, seoran wanita berkulit hitam. Sebab itulah Bilal
selalu disebut dan diejek dengan gelaran Ibnus-Sauda’ yang bermaksud “Putera
Wanita Hitam”. Ibu bapanya adalah hamba dan Bilal dilahirkan sebagai seorang
hamba kepada keluarga Bani Abdul Dar.
Liku-liku pahit perjalannya hidupnya
bermula bila kedua ibu bapanya yang berpindah dari Habsyah untuk mencari
penghidupan baru di Kota Mekah dirompak di pertengahan jalan, ditangkap dan
ditawan, seterusnya dijual di pasar Ukaz, lalu dibeli oleh keluarga Bani Abdul
Dar.
Kedua ibu bapanya dipaksa bekerja
siang dan malam dan dilayan dengan kejam oleh tuannya. Mereka tidak diberi
makan dan rehat yang cukup. Pernah suatu hari abang kepada Bilal menangis
kerana terlalu lapar, lalu ibunya mengambil sekeping sisa roti dari rumah
tuannya, namun bila ternampak oleh tuannya, ibu Bilal di pukul dan roti
tersebut disentap dari tangan abangnya lalu dilemparkan kepada seekor anjing,
bagi tuannya Bilal dan keluarganya lebih hina dan jijik dari seekor anjing.
Bila abangnya Sahib dan Bilal
meningkat remaja, abangnya telah dijual sebagai hamba di yaman, namun nasib
abangnya agak baik kerana dia telah dibeli oleh sepasang suami isteri yang kaya
tetapi tidak mempunyai anak, lalu dijadikannya Sahib anak angkat mereka.
Ibunya meninggalkan dunia akibat
kerinduan yang teramat sangat kerana berpisah dengan anaknya Sahib dan akibat
selalu dipukul dengan teruk oleh tuannya. Selepas ibunya meninggal, ayahnya
pula turut meninggal dunia kerana sakit tenat.
Selepas ayahnya meninggal dunia,
Bilal diserahkan kepada tuan yang baru, iaitu Umaiyah Bin khalaf. Walaupun
Bilal seorang hamba yang rajin, jujur dan amat mematuhi suruhan tuannya, tetapi
bila Umaiyah mendapat tahu Bilal telah memeluk islam, dia mula menyiksa Bilal
tanpa belas kasihan supaya Bilal kembali ke agama asal mereka. Bilal enggan
tunduk dan mengikut kemahuan tuannya kerana hatinya telah diserikan oleh
bunga-bunga iman. Dia beriman kepada Allah dan RasulNya Muhammad s.a.w. Bagi
dirinya dunia dan segala isinya sudah tidak bererti lagi jika dibandingkan
dengan nikmat islam dan manisnya iman yang dikecapi dalam hatinya.
Pada mulanya, Bilal dipukul, kemudian
dia diarak keliling Kota Mekah. Selepas itu Bilal dijemur di atas pasir
ditengah panasnya bahang matahari, dia diseksa dan tidak diberikan makanan dan
minuman. Ketika matahari berada tegak diatas kepala dan padang pasir panas
membara, Bilal dipakaikan baju besi dan dijemur. Tubuh Bilal disebat dengan
cemeti dan dadanya ditindih dengan batu besar. Sudah berbagai bentuk penyeksaan
dan taktik yang dilakukan oleh Umaiyah kepada Bilal, namun keimanan Bilal tidak
pernah luntur malah lebih menghairankan Umaiyah ialah keimanan Bilal makin
bertambah.
Bila Umaiyah memaksa Bilal menyebut
nama Tuhan mereka al-Latta dan al-Uzza, Bila tetap dengan iman dan takwanya
mempertahankan dan menyebut kalimah “Allah, Allah, Allah,…. Ahad, Ahad, Ahad
..”
Berita penyeksaan yang begitu kejam
itu akhirnya sampai kepada pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq, lalu Abu Bakar pun
pergilah menemui menemui Umaiyah untuk membeli dan menebus Bilal tanpa tawar
menawar dengan harga 9 uqiyah emas. Umaiyah berkata, jika Abu Bakar meminta
untuk dikurangkan harga Bilal kepada 1 uqiyah emas pun dia sanggup menjualnya,
lalu Abu Bakar berkata lagi, jika Umaiyah meletakkan harga Bilal sehingga 100
uqiyah emas pun dia sanggup membelinya. Abu Bakar pun mengambil Bilal lalu
memerdekakannya! Bagi Abu Bakar, Bilal adalah seorang manusia hebat dan kukuh
imannya. Bila kisah ini diceritakan oleh Abu Bakar kepada Rasulullah s.a.w,
maka Rasulullah s.a.w pun terus menyampaikan hasratnya untuk berkongsi wang
tebusan Bilal tetapi Abu Bakar mengatakan bahawa dia telah menyelesaikan
bayaran itu dengan menggunakan wangnya sendiri! Inilah kisah pengorbanan, kasih
sayang, perpaduan, persaudaraan dan permuafakatan yang indah di zaman
rasulullah s.a.w!
Dari seorang hamba abdi, Bilal
diangkat darjatnya disisi Allah berkat kesabaran dan kegigihannya
mempertahankan kalimah Allah, kalimah iman yang amat disayanginya. Dia dilantik
menjadi tukang azan Rasulullah s.a.w sehingga laungan azannya bergema 5 kali
sehari diseluruh penjuru Kota Mekah dan Madinah malah melepasi langit yang 7
lalu bergema di Arasyh Rabbul Jalil. Seluruh para malaikat di langit
menanti-nantikan suara Bilal melaungkan azan setiap hari. Ada satu cerita
seorang yang dengki dan irihati dengan Bilal telah membodek rasulullah s.a.w untuk
menggantikan Bilal untuk melaungkan azan, tetapi malangnya azan itu dilaungkan
secara tidak ikhlas sehingga suara azan tidak bergema seperti selalu dilaungkan
oleh Bilal di langit lalu malaikat pun bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang
hal itu.
Bilal menyertai semua peperangan
dijalan Allah di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Kewafatan Nabi s.a.w, memberikan
kesan yang cukup mendalam bagi Bilal, betapa sayangnya Bilal pada Rasulullah
s.a.w tidak dapat digambarkan dengan kata-kata! Sehinggakan Bilal tidak mampu
melaungkan azan lagi, kerana bila tiba pada perkataan Muhammad itu, hatinya
terus sebak dan air matanya terus mengalir! Selepas itu Bilal tidak mahu lagi
menjadi bilal walaupun puas dipujuk oleh sahabat-sahabat Nabi s.a.w, bukan dia
tidak mahu, tetapi dia tidak mampu!!!
Pada zaman Khalifah Abu Bakar, Bilal
memohon untuk pergi berperang, tetapi tidak dibenarkan oleh Abu Bakar dengan
alasan beliau masih memerlukan khidmat Bilal di Madinah. Mungkin Abu Bakar
sudah dapat membaca isi hati Bilal yang sangat merindui mati syahid untuk
bertemu dengan orang yang sangat dicintainya iaitu Muhammad s.a.w! Ini adalah
kerana kewafatan baginda merupakan satu kehilangan yang besar bagi Bilal.
Sekali lagi pada zaman Khalifah Umar,
Bilal memohon untuk menyertai angkatan perang islam menentang tentera Rom lalu
diizinkan Saidina Umar. Kesempatan itu digunakan oleh Bilal secukupnya , beliau
telah membawa isterinya turut sama berperang bersama tentera islam sehingga
berjaya menakluki Baitulmuqaddis! Namun apa yang diharapkan Bilal tidak
dimakbulkan Tuhan lagi.
Dia berpindah dari Mekah ke Madinah
dan orang ramai sentiasa memujuk dan menyuruhnya menjadi tukang azan, namun
beliau menolak dengan baik. Saidina Umar dan Saidina Ali juga pernah memujuk
Bilal, tetapi Bilal tetap menolak.
Kata Saidina Umar :
“Bilal, adakah kamu seorang saja yang merasa
sedih dengan kehilangan Rasulullah s.a.w? Air mata saya juga sudah kering
kerana menangis! Jika boleh, saya mahu serahkan nyawa saya ini sebagai
gantinya”,
lalu jawab Bilal :
“Wahai Amirul mukminin, kesedihan saya
melebihi kesedihan tuan. Tuan lahir sebagai seorang yang merdeka. Berbanding
saya seorang hamba. Tuan tidak pernah merasai bagaimana gembiranya seorang
hamba apabila dimerdekakan. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w membebaskan kami dari
perhambaan. Dia memuliakan saya ketika orang lain menghina saya. Kemudian
Rasulullah s.a.w melantik saya sebagai tukang azan. Rasulullah s.a.w juga
pernah mengatakan terdengar hentakan sepatu saya di dalam syurga” kata Bilal
dengan nada yang sedih dan hiba.
Selepas itu Bilal berpindah ke Syam,
penduduk Syam juga meminta beliau menjadi tukang azan tetapi Bilal menolak lalu
mereka pun memulaukan Bilal. Akhirnya Bilal membawa isterinya berpindah ke
Damsyik setelah penduduk Syam memarahinya. Bila akhirnya wafat pada tahun 20
Hijrah / 641 Masehi di Damsyik dan dikebumikan di Damsyik ketika berumur 63
tahun
Tita. Diberdayakan oleh Blogger.